Untukrakyat.net Menjawab beberapa isu tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, sila lihat KATEGORI ISU DI SIDEBAR

Templates online

Tuesday, 8 May 2012

BERSIH 3.0 HARAM : MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Jawapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Berhubung Perhimpunan & Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan…
  1. Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. 
  2. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas
  3. Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama
  4. Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda

-------------------------------------------------------------------------------------

Petikan di atas adalah Keputusan Terkini Majlis Fatwa Kebangsaan berhubungan dengan Perhimpunan BERSIH 3.0.   

Bila sebut Majlis Fatwa, maka apa yang kita faham ia melibatkan suatu Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan cerdik pandai Islam, Para Mufti yang mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan pandangan-pandangan Agama.  Namun, amat-amat mengecewakan bila Majlis Fatwa mengeluarkan keputusan di atas merujuk kepada Perhimpunan yang berlaku pada 28 April 2012 iaitu BERSIH 3.0.

Kita boleh bersetuju dengan Quote yang berbunyi " Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam ". Namun apakah benar Rusuhan, Kacau Bilau dan merosakkan harta benda awam itu benar-benar dilakukan oleh peserta-peserta BERSIH 3.0 ataupun ia SENGAJA DIWUJUDKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU untuk menimbulkan imej yang buruk kepada Penganjur Perhimpunan. Sepatutnya sebagai sebuah Badan Agama, kajian terperinci perlu dibuat terlebih dahulu dengan mengambil pandangan kedua-dua belah pihak iaitu pihak Kerajaan dan Penganjur Perhimpunan yang terdiri dari wakil pembangkang (PAS, PKR dll) dan sebagainya.

Pada masa yang sama, tindakan Majlis Fatwa ini semakin menimbulkan ketidakpercayaan masyarakat terhadap institusi ini kerana terlalu banyak isu-isu dan masalah-masalah melibatkan Agama yang perlu difatwakan tetapi didiamkan sahaja kerana ia melibatkan KEPENTINGAN PEMERINTAH iaitu UMNO & BARISAN NASIONAL. 

Bila merujuk kepada PERHIMPUNAN, Adakah Majlis Fatwa sedar betapa terlalu banyaknya Perhimpunan yang berlaku di Ibu Kota Kuala Lumpur juga di ibu-ibu negeri lain yang jelas-jelas bercanggah dengan Islam. Atas nama Kebudayaan & Kesenian, Program Tari Menari melibatkan penyanyi dan penari wanita yg mendedahkan aurat, memperlihatkan bentuk tubuh, menari-nari di khalayak ramai bersama lelaki. Perhimpunan seumpama ini tidak pula DIHALANG oleh Kerajaan, ia berlangsung dengan Aman, Makmur dan tanpa Provokasi. PDRM tidak menghalang, Ulama UMNO Diam Membisu, Majlis Fatwa tak berani nak Fatwakan apa-apa.


Venue : Perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Dianggarkan 40,000 orang membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan konsert penutup Jom Heboh bagi tahun 2009.


Begitu jugalah dengan Siaran-Siaran Televisyen, baik Drama, Filem, yang melibatkan bersentuhan lelaki perempuan, berpakaian seksi, bagaimana pula dengan Iklan-iklan yang jelas mengeksplotasi aurat wanita. Program Realiti TV yang mencampurgaulkan lelaki dan wanita, bersentuhan sesama mereka, penyanyi wanita yang menari, menyanyi tanpa segan silu, dengan pendedahan aurat yang melampau, tidak pernah diambil kisah oleh Institusi Agama Kerajaan termasuklah Majlis Fatwa. 


Tak cukup dengan itu, lihat sahajalah Penerbitan-penerbitan baik Akhbar Arus Perdana dalam Sisipan Hiburan yang memaparkan gambar artis melayu yang berposing dengan pendedahan aurat yang melampau, dan juga Majalah-majalah Hiburan Tanahair seperti Mangga, URTV. Di mana JAKIM dalam memberi Garis Panduan kepada Penerbitan baik kepada Media Bercetak mahupun Media Elektronik. Dan di mana MAJLIS FATWA KEBANGSAAN, dalam memutuskan Penerbitan seumpama ini Haram di sisi Agama. Yang kita tahu, tidak ada langsung.  

 

( Majalah seumpama ini tergantung di gerai-gerai akhbar di seluruh Malaysia, diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (MENTERI UMNO), sebagai bahan Hiburan utk anak-anak Muda Malaysia. Tidak peliklah fakta kes pembuangan bayi yg terus meningkat, anak luar nikah mencecah ratusan ribu dan zina berleluasa di Malaysia ). 

FAKTANYA : TIDAK PERNAH DIWARTAKAN HARAM OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.



Dan juga, penyertaan anak-anak melayu di dalam Syarikat Arak dan Judi di Malaysia, pernahkah Majlis Fatwa mengeluarkan larangan khusus kepada mereka ini. Amat jelas sekali, apa yang melibatkan anak Pemimpin UMNO dalam apa jua Urusan yang bercanggah dengan Islam, didiamkan sahaja oleh Majlis Fatwa.



Dan sumber dari sini mendedahkan, Setiausaha Agung UMNO iaitu, Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri antara yang mempunyai saham dalam Industri Judi di Malaysia.


Terlalu banyak kemungkaran yang berlaku di bumi Malaysia, tetapi didiamkan oleh Jabatan dan Agensi Agama Kerajaan, kebiasaannya bantahan adalah dari NGO-NGO Islam dan Parti Pembangkang yang ada sensitiviti terhadap isu-isu yang boleh merosakkan masyarakat, tetapi di pihak Majlis Fatwa sendiri, tidak ada Fatwa-fatwa yang melarang aktiviti-aktiviti maksiat yang berlangsung di bumi Malaysia. 

Kita melihat Undangan kepada Artis-artis Antarabangsa yang tidak bermoral sering dilakukan oleh Syarikat-syarikat Swasta, dan kerajaan tidak melarang, dan amat malang sekali bagi umat Islam, Majlis Fatwa pun tidak pernah mengeluarkan sebarang Fatwa. Selepas diiklan di dalam televisyen dan internet, keluarlah bantahan dari rakyat dan NGO. Sepatutnya, Majlis Fatwa dan Para Sekalian Mufti lah yang membantah, entah di mana hilang sensitiviti mereka ?

Itu tidak melibatkan pemimpin UMNO, jadi bantahan itu diterima oleh kerajaan atas sifat ia dibantah rakyat, tetapi bagaimana dengan Program atas nama kebudayaan yang terlibat dengan pemimpin UMNO ? Rosmah Mansor pernah menjadi Penaung GIFA Award (Anugerah Bollywood) yang diadakan di Arena of Stars Genting Highlands.

Untukrakyat.net tidak mahu bersubahat dengan dosa untuk menyiarkan gambar-gambar half naked Penyanyi dan Penari Bollywood yang jelas menghina kesucian agama Islam. Cukuplah sekadar link yang disediakan.
 
Jadi, di mana Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini ?  Takut pada Penaung GIFA Award kah ?

Tidak cukup dengan GIFA Award, Rosmah Mansor juga menjadi Penaung Islamic Fashion Festival yang jelas menghina Islam. Fesyen-fesyen Jahiliyyah yang cuba ditempelkan atas nama Islam ini boleh mengelirukan umat Islam. Ini juga DIBISUKAN oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 


Sepanjang 50 tahun UMNO memerintah, terlalu banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang diberi izin, diberi permit dan lesen atas nama kebudayaan, sukan dan sebagainya. Malangnya, ia DIBISUKAN oleh Ahli-Ahli Agama yang berada di dalam kerajaan sendiri. Entah apa peranan Menteri Agama di dalam kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam perkara yang bercanggah dengan Islam melibatkan Kerajaan Pemerintah iaitu UMNO dan Barisan Nasional. 

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah AnNisaa'. Ayat 085.

Wallahua'lam 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...