Untukrakyat.net Menjawab beberapa isu tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, sila lihat KATEGORI ISU DI SIDEBAR

Templates online

Saturday, 1 October 2011

TARIAN LUCAH 1 MALAYSIA ???

TARIAN LUCAH BOLEH, HUDUD TAK SESUAI



Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, kata Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, tapi kalau nak mengadakan Event berbentuk Menyanyi oleh Artis barat yang tidak bermoral, Sesuai Sangat. Itulah yang layak kita perkatakan berikutan Penganjuran Konsert Suara Kami 2011 pada 17 September 2011 yang lepas. Bahkan lebih teruk lagi, Tarian Berbau Lucah oleh Artis Korea (Klik untuk Play Youtube Video diatas), Rania turut dijemput untuk mempersembahkan persembahan yang tidak bermoral di depan ribuan anak-anak muda.

Saya memetik Info berkenaan Event ini di blog http://www.adamroslan.com/2011/09/konsert-dan-karnival-suara-kami-2011/ yang menulis :


Suara Kami 2011 ialah festival muda mudi tergempak tahun ini yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September. Berinspirasikan mereka yang hidup, tidur dan makan muzik, Konsert Suara Kami 2011 bakal menampilkan persembahan hebat antara yang terbaik di Malaysia seperti Hujan, Yuna, Faizal Tahir, Stacy, Pop Shuvit, Psycho Unit & Rabbit Mac dan Soul Krazy.

Buat julung kalinya, Azlan & The Typewriter akan berkolaborasi dengan gitaris lagenda – Man Kidal, Joe Wings, Kit Search dan Hiliary Ang. Dalam acara ini juga, Altimet, Point Blanc, Ila Damia, Rabbit Mac dan DJ Fuzz akan mempersembahkan lagu “Malaysian Boy” secara langsung.

Kemuncak konsert akan menyaksikan persembahan artis luar negara seperti Rania, Hins Cheung, Naresh Iyer dan Chinmayi. Sementara itu, Karnival Suara Kami 2011 akan berlangsung mulai 12 tengahari dengan aktiviti ekstrem, permainan interaktif, pentas mini, dan banyak lagi.

------------------------------------------------------------------------

Festival Muda Mudi ini berlangsung pada 17 September 2011, sehari selepas 16 September 2011 iaitu Sambutan Hari Malaysia, dan saya kira ini adalah Festival rentetan dari Sambutan Hari Malaysia. Rupa-rupanya, Sambutan Hari Malaysia disambut dengan Konsert dan Pesta Muda Mudi, bukannya dengan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk dihidang kepada generasi muda. 

Jelas, program seumpama ini langsung dan jauh benar untuk menimbulkan rasa patriotisme dan cinta kepada negara, bahkan ia adalah kemungkaran yang jelas dari segi agama dan menghancurkan akhlak dan moral anak-anak muda. Malangnya, program ini disokong oleh Perdana Menteri Malaysia sebagaimana yang dicatatkan di Blognya, Blog 1 Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------

Bersama Anak-anak Muda di Konsert Suara Kami




Sewaktu saya terima “tweet” daripada Aznil Nawawi menjemput saya untuk ke Konsert Suara Kami, pada mulanya saya merasa agak ragu-ragu. Pertama, saya tidak pasti bagaimanakah penglibatan saya sewaktu konsert itu. Kedua, saya agak bimbang sekiranya saya diminta untuk menyanyi, kerana tentunya semua yang muncul di atas pentas pada konsert itu ada kebolehan dalam bidang muzik. Saya boleh bercakap, tapi tak boleh menyanyi!

Tapi kemudian saya terkenangkan pula ribuan anak-anak muda yang akan berada di konsert itu. Begitu banyak “retweet” dan sambutan online yang telah saya terima daripada anak-anak muda khususnya agar saya hadir ke konsert itu. Mereka ini adalah generasi yang sering merasakan bahawa mereka tidak diambil serius oleh orang-orang yang lebih tua. Mereka adalah generasi yang begitu ekspresif dalam menyampaikan pemikiran, aspirasi dan kekecewaan mereka melalui cara-cara kreatif. Dengan menghadirkan diri ke konsert tersebut, saya harap mereka tahu bahawa saya sentiasa mengambil kira pemikiran dan aspirasi mereka untuk negara ini. Saya rasa bertanggungjawab untuk hadir ke konsert tersebut selepas membaca Facebook dan Twitter saya.

Apabila diimbas kembali pengalaman pada malam Sabtu itu, saya sangat gembira kerana saya telah membuat keputusan untuk hadir ke konsert itu. Di sana saya telah dapat rasakan tenaga anak-anak muda kita yang datang menonton, walaupun keadaan pada waktu itu hujan. Mereka di sana untuk berhibur, dan mereka juga di sana untuk meraikan kepelbagaian dan perpaduan negara kita. Ia merupakan satu pengalaman yang teristimewa untuk saya dan isteri saya.

Tahun ini banyak pengalaman pertama yang telah saya lalui, dan saya berpuas hati dengan kesemuanya. Terima kasih kepada penganjur konsert atas jemputan mereka, dan juga kerana telah sudi menerima kehadiran saya di saat-saat akhir. Terima kasih juga kepada anak-anak muda Malaysia yang telah bersalaman dengan saya pada malam itu dan juga yang telah menyentuh hati saya dengan sokongan vokal dan “tweets” mereka. Saya harap interaksi saya dengan anda di konsert itu akan dapat diteruskan melalui platform dan cara lain. Walaupun saya mempunyai jadual yang sibuk dan masa saya untuk online adalah amat terhad, saya harap kita akan dapat terus berhubung melalui online.



Ini salah satu Batasan-Batasan Allah yang telah dilanggar, apa yang diharamkan Allah, dihalalkan oleh pemerintah atas nama Hiburan untuk rakyat, tanpa mengira Hak-Hak Allah.

عَنْ أَبِى ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِى جُرْثُوْمِ بْنِ نَـاشِرٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوْهَـا ، وَحَـدَّ حُدُوْدًا فَلاَ تَعْتَدُوْهَـا ، وَحَرَّمَ أَشْيَـاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوْهَـا ، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَـا.
(رَوَاهُ الدَّارُقُطْنِى وَغَيْرُه - حَدِيْثٌ حَسَنٌ)
Dari Abi Tsa'labah Al Khusyany Jurtsum Bin Nasyir RA daripada Rasulullah SAW, sabdanya: Sesungguhnya telah memfardhukan (mewajibkan) beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya. Dan Dia telah menetapkan beberapa had (batasan), maka janganlah kamu melampauinya. Dan Dia telah mengharamkan sesuatu, maka janganlah kamu mencerobohinya. Dan Dia telah mendiamkan tentang sesuatu, sebagai rahmat bagi kamu, bukan kerana Dia lupa, maka janganlah kamu (mencuba) menyelidikinya.
(Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Daruquthny)


تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ
 هُمُ الظَّالِمُونَ (229)
Demikian itu adalah batasan batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya. Dan barangsiapa melampaui (melanggar) batasan-batasan Allah maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al Baqarah: 229)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...